OWN AND IN ASSOCIATION WITH TEAMMUZAMMIL

Tuesday 29 December 2015

CABARAN

Media massa mempunyai pengaruh yang besar kepada masyarakat. Sejajar dengan itu,individu yang bertanggungjawab untuk mempengaruhi masyarakat melalui media massaialah wartawan ataupun pengamal media.   Terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui oleh wartawan bagi mendapatkan sumber berita yang benar dan sahih. Antaracabaran tersebut ialah (Mustafa Haji Daud : 1996) :


i.              Cabaran Untuk Berhadapan Dengan Golongan Berpengaruh

Terdapat segelintir dari golongan orang yang berpengaruh seperti ahli politik, artis, ahli akademik dan sebagainya mencurigakan wartawan. Mereka menganggap wartawan adalah sebagai penjaga tepi kain orang lain untuk membongkar rahsiadan seterusnya menyiarkannya kepada masyarakat.

Selain itu, wartawan juga menghadapi masalah off record yang diberikan olehgolongan yang berpengaruh untuk pengetahuan diri wartawan tetapi bukan untuk disiarkan oleh akhbar seperti isu yang melibatkan keselamatan negara, pergeseran politik dan penyelewengan kewangan

ii.            Penawaran Sogokan (Rasuah)

Terdapat juga dari segelintir golongan mempergunakan wartawan untuk tujuan publisiti jangka panjang yang memberikan keuntungan kepada pihak tersebut. Justeru itu, mereka sanggup menawarkan beberapa   keistimewaan kepada wartawan seperti menaja kos percutian ke luar negara melalui syarikat pelancongan dan penerbangan serta memberikan sedikit saguhati berupa barangan ataupun wang.


           iii. Keraguan Terhadap Sumber Berita
                 

Wartawan juga menghadapi cabaran untuk menyampaikan berita yang           benar kepada masyarakat. Hal ini kerana ada kalanya sumber yang diperolehi boleh diragui kesahihannya ataupun wartawan itu sendiri salah menafsir   sumber ataupun salah membuat kesimpulan dan analisis. Akibatnya, laporan yang disampaikan oleh wartawan akan diragui oleh masyarakat

No comments:

Post a Comment